Tarikh: 10 Februari 2018

Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 8 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah rendah dalam usaha menguasai microsoft office power point. Selain daripada asas menaip, peserta juga didedahkan dengan penggunaan bahagian media yang turut wujud di dalam microsoft office power point. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan penggunaan Microsoft Office Power Point. Akhir sekali peserta mula menyiapkan tugasan yang diberikan dan menghasilkan slide PPT masing-masing yang bertemakan sambutan tahun baru cina.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini