Daerah Kuala Krai

Dabong ialah sebuah pekan kecil yang terletak di dalam Daerah Kuala Krai, Kelantan. Pekan ini terletak sejauh kira-kira 155 km dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Manakala dari Bandar Kuala Krai ke Dabong sejauh 73 km. Kampung-kampung sekitar Dabong ialah Kemubu, Kuala Geris, Bukit Abu dan Kampung Durian Badak. Kawasan ini dikelilingi oleh bukit-bukau di utara, selatan, barat dan timur.

                       Peta Kuala Krai ke PEDi Dabong

Di barat daya terletaknya Gunung Stong setinggi 1422m. Sungai yang mengalir di Dabong ialah Sungai Galas. Dari Dabong anda boleh pergi ke Gua Musang, Lojing dan Cameron Highland melalui jalan raya.

Dabong terkenal dalam kalangan pelawat sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Kelantan. Terdapat juga landasan keretapi melintasi kawasan Dabong dan berhenti di Stesen Keretapi Dabong.

Selain jalan dari Kuala Krai - Dabong, terdapat juga jalan yang boleh dilalui untuk ke Pekan Dabong dengan melalui jalan dari Jeli - Dabong.

                    Peta dari Pekan Jeli ke Dabong

Mukim Kuala Pergau

Pekan Dabong terletak di dalam Mukim Kuala Pergau dan terdapat sembilan buah kampung di bawah Mukim Kuala Pergau iaitu:

  1. Kampung Cegar Lapan
  2. Kampung Jelawang
  3. Pekan Dabong
  4. Kampung Sungai Batu
  5. Kampung Berangan
  6. Kampung Jeram Apit
  7. Pulau Layat
  8. Bukit Malas
  9. Gua Ikan

Maklumat Am Mukim Kuala Pergau

Parlimen

Kuala Krai

Nama YB Ahli Parlimen

YB Ustaz Abdul Latif bin Abdul Rahman

Dewan Undangan Negeri

Dabong

Nama YB ADUN

YB Ku Mohd Zaki bin Ku Hussin

Daerah/Jajahan

Dabong

Nama Penggawa Daerah

Sun Najaman bin Muhamad

Mukim

Kuala Pergau

Nama Penghulu Mukim

En. Basri bin Mahmud

 

Populasi Penduduk Setempat (Mukim Kuala Pergau)

Jantina

Jumlah

Lelaki

2,115

Perempuan

2,315

Jumlah Keseluruhan

4,430

Kumpulan Umur

Jumlah

12 Tahun >

886

12 – 17 Tahun

984

18 – 25 Tahun

478

26 – 40 Tahun

790

41 – 58 Tahun

1,182

>58 Tahun

110