Kelab Rukun Tetangga Biasa Disertai oleh Majoriti Golongan Belia Dari Setiap Kampung. Bagi Ramadhan Kali Ini, KRT Daerah Kuala Krai mengadakan Program Jom Ronda Sahur bagi Menggalakkan Ramai Belia Terlibat Dengan Aktiviti Dalam Usaha Meningkatkan Kualiti Dalam Satu-satu Perkampungan.

SRS Kelab Rukun Tetangga Terlibat:

1. SRS Bandar Dabong

2. SRS Kg Kemubu

 

Aktiviti Utama:

1. Taklimat Pendidikan Keselamatan Komuniti Warga KRT

2. Penyampaian Sijil Penghargaan Kepasa Pegawai SRS Dari Setiap Kampung

3. Penyampaian Kad Kuasa SRS Yang Baru

4. Moreh

5. Ronda Sahur Dari Satu SRS ke SRS yang Lain

Image00001

Gambar diatas menunjukkan jadual perancangan aktiviti belia iaitu gotong royong masjid dan kubur Kg. Jelawang, Dabong

Persatuan belia di Pekan Dabong yang masih bergiat aktif adalah Persatuan Belia 4B. Golongan belia di Pekan Dabong ini sering menjalankan aktiviti riadah seperti bersukan. Antaranya ialah perlawanan bola sepak, sepak takraw dan badminton.

Permainan sepak takraw.

 

         

Selain itu, terdapat juga seminar-seminar yang dijalankan untuk golongan belia seperti Seminar Belia Benci Dadah, kursus perkahwinan dan sebagainya. 

Penduduk di sekitar Dabong juga sememangnya terkenal dengan sikap yang mesra dan aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di tempat mereka. Baru-baru ini Pasukan Penyelamat Bomba dan Sukarelawan telah pun berkampung selama 3 hari di Kampung Dabong, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan disini. Antaranya seperti aktiviti menyelamat, memadamkan kebakaran dan sebagainya. Kebanyakkannya melibatkan golongan belia khususnya pelajar sekolah.