Persatuan belia di Pekan Dabong yang masih bergiat aktif adalah Persatuan Belia 4B. Golongan belia di Pekan Dabong ini sering menjalankan aktiviti riadah seperti bersukan. Antaranya ialah perlawanan bola sepak, sepak takraw dan badminton.

Permainan sepak takraw.

 

         

Selain itu, terdapat juga seminar-seminar yang dijalankan untuk golongan belia seperti Seminar Belia Benci Dadah, kursus perkahwinan dan sebagainya. 

Penduduk di sekitar Dabong juga sememangnya terkenal dengan sikap yang mesra dan aktif dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan di tempat mereka. Baru-baru ini Pasukan Penyelamat Bomba dan Sukarelawan telah pun berkampung selama 3 hari di Kampung Dabong, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan disini. Antaranya seperti aktiviti menyelamat, memadamkan kebakaran dan sebagainya. Kebanyakkannya melibatkan golongan belia khususnya pelajar sekolah.