Kampung Dabong merupakan sebuah kampung yang terletak di persisiran sungai kelantan yang di pangggil Sungai Galas. Oleh yang demikian, produk tempatan yang istimewa yang terdapat di Kampung Dabong ialah bot gentian kaca. Pembuatan bot ini diusahakan oleh En. Bashir Bin Mahmud dengan modal sendiri dan sedikit bantuan dari pihak luar. En. Bashir bin Mahmud sangat terkenal di sekitar dabong dan kuala krai khususnya ekoran daripada kemahiran membuat bot yang dia ada.

Memandangkan proses pembuatan bot gentian kaca ini sangat rumit, beliau terpaksa mengupah tiga orang pekerja untuk membantu beliau dalam menyiapkan tempahan bot yang diterima. Pekerja-pekerja beliau diberi latihan dan bimbingan oleh beliau sendiri tentang kemahiran-kemahiran dalam proses pembuatan bot gentian kaca ini. Melalui tenaga kerja yang mahir, beliau mampu menghasilkan lima buah bot dalam masa sebulan. Harga bagi setiap bot yang dibuat oleh En. Bashir adalah antara RM1,000 hingga RM1,500 sebuah mengikut saiz yang ditempah. Biasanya, pelanggan yang menempah bot dengan beliau terdiri daripada penduduk tempatan dan juga luar. Malah ada juga pelanggan dari luar Kelantan.