Tarikh: 20 & 21 Februari 2018 Masa: 8.00 pagi -5.00 Petang Lokasi: Dewan Selera Gunung Stong Bilangan Peserta: 32 Orang |
Tujuan:
Program ini merupakan program kerjasama antara PI1M Dabong dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Stong. Ia diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada perserta yang terdiri daripada belia dan bakal usahawan tani berkenaan tentang teknik-teknik penghasilan kertas kerja yang baik. Hal ini penting buat kaum belia dan bakal usahawan yang mana mahu memohon bantuan modal permulaan dan juga modal bagi memastikan kelangsungan perjalanan projek. Ini kerana bagi mendapat perhatian pihak berwajib, kertas kerja baik memainkan peranan yang sangat penting. Seminar teknik penghasilan kertas kerja ini di berikan oleh wakil PPK Kuala Krai. Selain itu, peserta juga didedahkan mengenai program klik dengan bijak yang diwujudkan oleh MCMC. Antara pendedahan yang dibuat ialah mengenai keselamatan siber, manfaat penggunaan gajet dan juga mengenai tatacara penggunaan internet yang betul.
Aktiviti:
- Program kali ini dimulakan dengan taklimat berkaitan persiapan awal perniagaan dan taklimat tentang geran buat usahawan tani oleh FAMA. Seterusnya program disambung dengan taklimat berkaitan Program Agropereneur Muda yang mana salah satu program dari badan kerajaan yang menyediakan geran buat bakal usahawan tani memulakan projek pertanian. Keesokkan harinya, program bersambung dengan taklimat penghasilan kertas kerja.
- Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini