Tarikh: 20 Februari 2018

Masa: 3.00 petang -6.00 Petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 12 Orang

Tujuan:

Program ini di sertai oleh 12 orang peserta dalam kalangan pelajar Pra Universiti dari SMK Dabong. Peserta yang terlibat diberikan pendedahan berkaitan teknik penulisan ilmiah yang betul dalam penggunaan Microsoft Office Word. Teknik ini sangat penting bagi pelajar pra universiti yang mana perlu menghasilkan kerja kursus sebagai salah satu modul pembelajaran. Jadi dengan itu kami di PI1M Dabong mengambil inisiatif untuk mendidik mereka dalam memberi taklimat berkenaan teknik penulisan ilmiah. Disamping itu, peserta juga diberi pendedahan berkaitan Klik Dengan Bijak.

Aktiviti:

  • Latihan ini dimulakan dengan taklimat yang diberikan oleh petugas PI1M Dabong tentang teknik-teknik penghasilan tulisan ilmiah yang mengikut format yang betu. Seterusnya peserta diberi tugasan menghasilkan permulaan laporan kerja kursus sebagai gambaran buat mereka mengaplikasikan pembelajaran tentang teknik penulisan ilmiah ini.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini