Tarikh: 9 Mac 2018

Masa: 10.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong

Bilangan Peserta: 10 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan program berbentuk e-Perniagaan yang diadakan bertujuan untuk melatih golongan belia & dewasa dalam bidang keusahawanan & kecantikan. Fokus utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan asas keusahawanan berkaitan dengan kecantikan.Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Program kali ini bermula dengan taklimat berkenaan keusahawan berasaskan kecantikan seterusnya disambung dengan taklimat peluang perniagaan yang ada dalam bidang kecantikan Mary Kay. Akhir sekali, peserta diajar mengenai teknik asas make up menggunakan produk Mary Kay
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini