Tarikh: 25 April 2018

Masa: 2.00 petang - 5.00 petang

Lokasi: Mini RTC Kesedar Jelawang

Bilangan Peserta: 12 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan program berbentuk e-Pembelajaran yang diadakan bertujuan untuk melatih golongan wanita dalam bidang keusahawanan & masakan. Fokus utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan asas penyediaan pemanis mulut Nona Manis. Selain itu juga, kelas ini betujuan untuk memberi idea kepada golongan suri rumah untuk menjadikan pemanis mulut Nona Manis sebagai salah satu sumber pendapatan. Disamping itu, program ini turut diselitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian.

Aktiviti:

  • Program kali ini bermula dengan taklimat berkenaan asas penghasilan Nona Manis yang mana tenaga pengajar menggunakan youtube sebagai satu rujukan untuk mendalami teknik-teknik penghasilannya. Seterusnya, ia disambung dengan taklimat keusahawan dan peluang perniagaan yang mampu diwujudkan melalu pernigaan Nona Manis. Akhir sekali, peserta didedahkan dengan pengetahuan tentang KDB.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini