Tarikh: 21 April 2018

Masa: 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 8 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah rendah dalam usaha menguasai teknik pembelajaran atas talian melalui konsep e-pembelajaran. Selain daripada asas menaip peserta juga didedahkan dengan proses mewarna cara moden iaitu mewarna secara atas talian. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan e-pembelajaran. Akhir sekali peserta mula menyiapkan tugasan yang diberikan dan mewarna tugasan yang diberikan secara atas talian.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini