Tarikh: 06 Jun 2018

Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 7 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah menengah dalam usaha menguasai microsoft publisher. Selain daripada asas menaip, peserta juga didedahkan dengan cara pemikiran kreatif yang mana sangat diperlukan dalam menghasilkan satu kad raya yang menarik menggunakan microsoft publisher. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan penggunaan Microsoft Office Publisher. Akhir sekali peserta mula menyiapkan tugasan yang diberikan dan menghasilkan kad raya mengikut kreativiti masing-masing yang bertemakan sambutan hari raya aidilfitri.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini