Tarikh: 26 Jun 2018

Masa: 8.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi: PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 10 Orang

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk mendedahkan ilmu berkaitan keushawanan kepada para belia lepasan sekolah. Seramai 10 orang belia sekitar dabong yang menyertai program sesi kali ini. Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta dalam usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga dengan mendedahkan platform-platform yang wujud dalam program eRezeki yang mana mampu membantu perserta dalam mencari duit poket tambahan. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB. Para peserta diajar untuk menghasilkan email peribadi, blog, facebook page dan juga instagram yang mana digunakan khas untuk tujuan program erezeki dan juga perniagaan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini