Tarikh: 29 September 2018

Masa: 2.00 petang - 5.00 petang

Lokasi: Pusat Internet Dabong

Bilangan Peserta: 11 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolan memanfaatkan penggunaan komputer dan internet khususnya Youtube sebagai salah satu medium untuk menambahkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna IT mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Pada program kali ini, peserta diminta menggunakan youtube untuk mencari lagu bahasa inggeris kegemaran mereka. seterusnya mereka diminta untuk menaip liril lagu berkenaan menggunakan Microsoft Office Word. Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan penggunaan Microsoft Office Power Point. Untuk melihat gambar sekitar program sila klil disini.