Tarikh: 15 Disember 2018

Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 122 Orang

 

TUJUAN:

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Program ni diadakan dengan kerjasama KOSPEN Kampung Dabong dan Kemas. Program ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan PI dengan komuniti setempat. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan persekitaran kesihatan dan persekitaran bersih. 

AKTIVITI:

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 122 Orang pengunjung telah terlibat dalam program kali ini. Seterusnya diikuti dengan senamrobik dan pemeriksaan kesihatan yang melibatkan timbang berat, ukur tinggi, ukur lilit pinggan dan tekanan darah. Turut diadakan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Berus Gigi Beramai-ramai (Kanak-kanak)

2. Mewarna Bertenakan Gaya Hidup Sihat (Kanak-kanak)

3. Sukan Permainan Tradisional; Baling Susunan Tin & Rebut Kerusi (Semua Golongan)

4. Pertandingan Poster Kesihatan Menarik (Belia)

5. Tayangan Video Ceramah Kesihatan (Dewasa)

6. Penyediaan Menu Sihat (Wanita)

Pada hari tersebut juga dibuka peluang untuk pendaftaran ahli dengan pakej hadiah menarik diberikan kepada peserta yang mendaftar sebagai ahli. Program diakhiri dengan majlis pembahagian hadiah aktiviti dan perasmian oleh Imam 1 Masjid Dabong iaitu En. Mohd Rosdi bin Othman.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini