Tarikh: 16 Februari 2019

Masa: 1.00 petang - 5.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 25 Orang

Tujuan:

Program diadakan bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan KDB dan kesedaran berkaitan keselamatan siber kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang baru meneroka dunia IT. Program ini secara keseluruhannya adalah berkaitan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini. Selain itu, menjadi tujuan utama program ini adalah untuk memperkenakan fungsi dan kepentingan PI kepada mereka yang baru sahaja mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Dabong.

Aktiviti:

  • Pada permulaan program, peserta diberi taklimat berkenaan pengenalan tentang kewujudan PI yang mana memberi faedah dan kepentingan kepada para pelajar seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan KDB & keselamatan siber. Akhir sekali, terdapat beberapa aktiviti lain yang turut disertai oleh pelajar termasuklah kuiz bertulis dan spontan.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini