Tarikh: 19 April 2019 Masa: 2.00 petang - 6.00 petang Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong Bilangan Peserta: 10 Orang |
Tujuan:
Kelas latihan diadakan bertujuan untuk membantu para peserta agar lebih mahir dalam menggunakan Microsoft Office Puablisher serta melatih pelajar sekolah rendah dalam usaha menguasai teknik pembelajaran atas talian melalui konsep e-pembelajaran. Pada kelas kali ini, e-learning turut disertai dengan permainan pendidikan online yang mana mampu menarik minat para peserta untuk menyertainya. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian.
Aktiviti:
- Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan e-pembelajaran. Akhir sekali peserta mula menyertai permainan pendidikan online yang menggunakan laman web http://www.uptoten.com/tablets/en/games/
- Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini