Tarikh: 5 Julai 2019

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong

Bilangan Peserta: 8 Orang

Tujuan:

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan online SPA8i menguasai teknik menjawab soalan yang betul. Ia melibatkan perkongsian idea dengan bekas calon yang sudah berpengalaman menjawab jenis peperiksaan yang sama. Pada kelas ini turut di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan asas penggunaan komputer. Seterusnya bengkel disambung dengan perbincangan berkaitan soalan-soalan peperiksaan online yang lepas. Akhir sekali para calon mula menjawab soalan peperiksaan tersebut sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak SPA.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini