Tarikh: 06 Ogos 2019

Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 330 Orang

TUJUAN:

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Dabong diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan Pusat Internet dengan komuniti setempat disamping bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan penduduk setempat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi. Selain itu,ia juga bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan, program dan aktiviti yang disediakan di Pusat Internet Dabong.

AKTIVITI:

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 330 Orang pengunjung telah terlibat dalam program kali ini. Seterusnya diikuti dengan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Taklimat dan Pameran Perkhidmatan Agensi Jemputan  

2. Taklimat Dashboard Komuniti dan Advokasi

3. Pemeriksaan Kesihatan oleh Kospen PI (Semua Golongan)

4. Pertandingan Artikel Paling Menarik (Pelajar Sekolah Menengah)

5. Mewarna ICT (Kanak-kanak)

5.Pertandingan Menaip Pantas (Pelajar Sekolah Rendah)

6. Pertandingan Beyblade KDB (Kanak-kanak)

Pada hari tersebut juga dibuka peluang untuk pendaftaran ahli secara percuma kepada semua pengunjung. Program diakhiri dengan majlis pembahagian hadiah aktiviti dan perasmian oleh Penaung Persatuan Permata Dabong, IR Dr Mohd Yazid bin Abdullah.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini