Tarikh: 19 September 2019

Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 146 Orang

TUJUAN:

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Dabong diadakan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan antara pusat internet dengan komuniti, agensi, mpkkk, dan ngo dalam usaha  untuk mewujudkan  komuniti yang sihat serta mesra ict dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Selain itu,ia juga bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan, program dan aktiviti yang disediakan di Pusat Internet Dabong.

AKTIVITI:

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 146 Orang pengunjung telah terlibat dalam program kali ini. Seterusnya diikuti dengan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Kempen Derma Darah  

2. Taklimat Dashboard Komuniti dan Advokasi Diikuti dengan Kuiz

3. Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Dabong (Semua Golongan)

4. Taklimat Penjagaan Gigi & Gosok Gigi Beramai-ramai (Kanak-kanak)

5. Pertandingan Gubahan Kain Batik (Belia & Dewasa)

6. Mewarna Kesihatan (Kanak-kanak)

7.Pertandingan Tower Up Warrior (Pelajar Sekolah Rendah & Menengah)

8. Pertandingan Kupas Kulit Epal Paling Panjang (Belia & Dewasa)

Pada hari tersebut juga dibuat promosi untuk pendaftaran ahli kepada semua pengunjung diaman setiap pendaftaran akan mendapat T-shirt percuma. Program diakhiri dengan majlis pembahagian hadiah aktiviti dan perasmian oleh Dr Nik Nur Ayuni binti Nik Kamarudin, Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Dabong.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini