Tarikh: 5-15 Oktober 2020

Masa: 9.00 am - 12.00 pm

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 180 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan sebuah program berbentuk bengkel teknik menjawab soalan secara atas talian yang melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Pengisian bengkel ini melibatkan Dua subjek utama iaitu Sains & Matematik. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai penggunaan komputer dan internet serta kepentingannya untuk menjawab soalan selepas selesai sahaja bengkel diadakan. Hal ini adalah kerana terdapat segelintir pelajar yang langsung tidak tahu menggunakan komputer. Selain itu, para pelajar juga diperkenalkan dengan Program Klik Dengan Bijak yang mana  memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet dengan betul.

 

Aktiviti:

  • Program bermula dengan sedikit taklimat Klik Dengan Bijak seterusnya disambung dengan bengkel teknik menjawab soalan dan akhir sekali memulakan Ujian Pentaksiran Kompetensi Literasi.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini