Tarikh: 11 September 2021

Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi: PIK Dabong

Bilangan Peserta: 3 Orang

Tujuan:

Kelas kali ini diadakan bertujuan membantu pelajar Pra-Universiti untuk menyiapkan tugasan kerja kursus mereka dalam bentuk laporan dan persembahan. Tujuan lain adalah untuk menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu tanpa mengira lapisan latar belakang. Pada kelas kali ini peserta didedahkan dengan beberapa medium pencarian maklumat berkaitan format-format terkini penyediaan laporan kerja kursus. Salah satunya dengan menggunakan google sebagai asas penggunaan untuk pembelajaran atas talian. Seterusnya program ini juga mengajar peserta untuk menggunakan format yang ada dalam Ms Office Word dan Powerpoint dalam membantu memudahkan urusan mereka.

Aktiviti:

Latihan Ms Office Word dan Powerpoint.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini