Tarikh: 3 Januari 2022

Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PIK Dabong

Bilangan Peserta: 5 Orang

Tujuan:

Kelas kali ini diadakan bertujuan membantu pelajar sekolah menengah untuk menyiapkan tugasan kerja kursus mereka dalam bentuk laporan. Tujuan lain adalah untuk menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu tanpa mengira lapisan latar belakang. Pada kelas kali ini peserta diajar cara untuk menghasilkan carta dan jadual menggunakan MS Office Word. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan beberapa medium pencarian maklumat berkaitan format-format terkini penyediaan laporan kerja kursus. Salah satunya dengan menggunakan google sebagai asas penggunaan untuk pembelajaran atas talian. Seterusnya program ini juga mengajar peserta untuk menggunakan format yang ada dalam Ms Office Word dalam membantu memudahkan urusan mereka.

Aktiviti:

Latihan Ms Office Word.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini