Tarikh: 06 Ogos 2019

Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 330 Orang

TUJUAN:

Program Hari Bersama Komuniti PEDi Kluster Kuala Krai diadakan di PEDi Guchil pada 5 Ogos 2022 dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan Pusat Ekonomi Digital dengan komuniti setempat disamping bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan penduduk setempat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi. Selain itu,ia juga bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan, program dan aktiviti yang disediakan di PEDi Guchil.

AKTIVITI:

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 330 Orang pengunjung telah terlibat dalam program kali ini. Seterusnya diikuti dengan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Taklimat dan Pameran Perkhidmatan Agensi Jemputan  

2. Taklimat Klik Dengan Bijak

3. Pemeriksaan dan Pameran Kesihatan

4. Pertandingan Gubahan Bunga

5. Mewarna ICT (Kanak-kanak)

6.Pertandingan Menaip Pantas (Pelajar Sekolah Rendah)

dan Banyak lagi.

Pada hari tersebut juga dibuka peluang untuk pendaftaran ahli secara percuma kepada semua pengunjung. Program diakhiri dengan majlis pembahagian hadiah aktiviti dan perasmian oleh Adun Guchil.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini