Tarikh:  9 JULAI 2024

Masa: 10 PAGI-1 PETANG

Lokasi: NADI Dabong

Bilangan Peserta:  15 Orang

Tujuan:

Kelas pengenalan bahagian komputer & asas menaip disertai seramai 15 orang peserta dari Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Peserta terdiri dari kanak-kanak dan belia orang kurang upaya(OKU) PPDK Dabong.

Aktiviti:

  • Aktiviti terbahagi kepada 2 slot iaitu slot pengenalan bahagian komputer dan asas menaip.Pada permulaan slot,para peserta didedahkan berkaitan bahagian-bahagian asas komputer seperti papan kekunci,monitor,unit sistem yang mengandungi CPU,tetikus dan pemacu CD.Selepas itu,para peserta turut memperoleh penerangan berkaitan fungsi bahagian -bahagian komputer.
  • Pada slot berikutnya para peserta diajar asas menaip.Mereka diberi peluang membiasakan diri menggunakan papan kekunci untuk menaip perkataan-perkataan mudah seperti nama penuh dan umur.Selain itu mereka juga dipertontonkan video berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB),Buli Siber dan Semak Sebelum Sebar.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini