Tarikh:  25 APRIL 2024

Masa: 9 PAGI-1 PETANG

Lokasi: NADI Dabong

Bilangan Peserta:  6 Orang

Tujuan:

Kelas Digital Marketing pada kali ini diadakan untuk para usahawan yang berniaga secara atas talian (online) atau usahawan yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia pernigaan secara atas talian (online).

Aktiviti:

  • Kelas pada kali ini merangkupi 2 aspek iaitu affiliate shopee dan mengedit canva.Usahawan didedahkan pengetahuan dan juga keuntungan mengenai affiliate shopee. Selain itu,para usahawan juga belajar menggunakan canva untuk mencipta dan mengedit poster produk mereka agar dapat menarik lebih ramai pelanggan. 
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh:  22 MAC 2024

Masa: 3-4 Petang

Lokasi: NADI Dabong

Bilangan Peserta:  12 Orang

Tujuan:

Kuiz online Ramadhan diadakan besempena bulan Ramadhan untuk menguji pengetahuan para pelajar berkaitan puasa.Selain itu,ilmu pengetahuan para pelajar juga bertambah semasa menjawab kuiz.Para pelajar juga menjadi cakna akan pentingnya menunaikan rukun islam yang ke-4 ini.

Aktiviti:

  • Kuiz online Ramadhan ini disertai oleh 12 orang pelajar. Mereka diberikan pilihan jawapan dan harus membuat memilih jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberikan.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 12 Januari 2024

Masa: 10 pagi - 12 tengahari

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta:  8 Orang

Tujuan:

Kelas latihan STEM diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah rendah dalam usaha menguasai teknik pembelajaran atas talian melalui konsep e-pembelajaran. Pada kelas kali ini, e-learning turut disertai dengan quiz yang mana mampu menarik minat para peserta untuk menyertainya. Fokus utama untuk kelas kali ini ada untuk mengulangkaji pengetahuan umum. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan STEM, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan e-pembelajaran. Akhir sekali peserta mula menyertai quiz yang terdapat didalam laman web wordwall.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 22 MAC 2024

Masa: 10 pagi - 12 tengahari

Lokasi: NADI Dabong

Bilangan Peserta:  10 Orang

Tujuan:

Aktiviti STEM kali ini ialah mencipta roket kertas. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah rendah kreatif dalam mencipta roket berasakan kertas dan menggunakan straw untuk menjadikan roket tersebut berjaya menjulang naik. Seramai 10 orang pelajar terlibat dalam aktiviti ini. 

Aktiviti:

    • Pada permulaan,para pelajar menonton video mengenai roket kertas di laman sosial youtube.Selepas itu mereka memulakan aktiviti melipat kertas mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan.Selepas berjaya membentuk roket kertas,straw digunakan untuk meniup roket kertas tersebut. 
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Tarikh:  4 Januari 2024

Masa: 2.30 petang -  4.30 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 8 Orang

Tujuan:

Kelas kali ini diadakan bertujuan membantu pelajar sekolah rendah yang belum mahir menaip. Tujuan lain adalah untuk menjadikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu tanpa mengira lapisan latar belakang. Pada kelas kali ini peserta diajar cara menaip dan mewariasikan tulisan dari segi bentuk dan size. Seterusnya program ini juga mengajar peserta untuk menggunakan format yang ada dalam Ms Office Word dalam membantu memudahkan urusan mereka.

Aktiviti:

Latihan Asas Ms Office Word.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini