Tarikh: 5 Novmber  2022

Masa: 9.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 1 Orang

Tujuan:

Kelas eTusyen ini diadakan bertujuan untuk membantu para pelajar  menguasai matapelajaran Bahasa Melayu. Ia melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian bersama guru yang sudah berpengalaman. Pada kelas ini turut di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan asas penggunaan komputer. Seterusnya bengkel disambung dengan proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 13 Oktober  2022

Masa: 9.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 4 Orang

Tujuan:

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu calon yang menduduki peperiksaan online SPA9 menguasai teknik menjawab soalan yang betul. Ia melibatkan perkongsian idea dengan bekas calon yang sudah berpengalaman menjawab jenis peperiksaan yang sama. Pada kelas ini turut di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan asas penggunaan komputer. Seterusnya bengkel disambung dengan perbincangan berkaitan soalan-soalan peperiksaan online yang lepas. Akhir sekali para calon mula menjawab soalan peperiksaan tersebut sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak SPA9.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 06 Ogos 2019

Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 330 Orang

TUJUAN:

Program Hari Bersama Komuniti PEDi Kluster Kuala Krai diadakan di PEDi Guchil pada 5 Ogos 2022 dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan Pusat Ekonomi Digital dengan komuniti setempat disamping bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan penduduk setempat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi. Selain itu,ia juga bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan, program dan aktiviti yang disediakan di PEDi Guchil.

AKTIVITI:

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 330 Orang pengunjung telah terlibat dalam program kali ini. Seterusnya diikuti dengan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Taklimat dan Pameran Perkhidmatan Agensi Jemputan  

2. Taklimat Klik Dengan Bijak

3. Pemeriksaan dan Pameran Kesihatan

4. Pertandingan Gubahan Bunga

5. Mewarna ICT (Kanak-kanak)

6.Pertandingan Menaip Pantas (Pelajar Sekolah Rendah)

dan Banyak lagi.

Pada hari tersebut juga dibuka peluang untuk pendaftaran ahli secara percuma kepada semua pengunjung. Program diakhiri dengan majlis pembahagian hadiah aktiviti dan perasmian oleh Adun Guchil.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 15 September 2022

Masa: 9.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 16 Orang

Tujuan:

Kelas Pengenalan Asas Komputer diadakan dengan kerjasama Pasti Dabong bertujuan untuk melatih pengguna cilik PEDi Dabong untuk mengenali perkakasan komputer. Selain itu, adik-adik pasti juga diajar cara menggunakan internet untuk mencari maklumat. Pada kelas ini turut di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan asas penggunaan komputer. 
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 20 Julai 2022

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 30 Orang

Tujuan:

Program community outreach in adalah program kerjasama PEDi Dabong dan Tabung Haji. Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan PEDi Dabong sebagai pusat sehenti yang menuediakan pelbagai bentuk perkhidmatan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memudahkan komuniti dabpng untuk berurusan dengan Tabung Haji tanpa perlu ke bandar sekiranya ada sebarang urusan. 

Aktiviti:

Promosi perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi.
Kaunter bergerak Tabung Haji

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini