Tarikh: 16 Julai 2022

Masa: 9.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 2 Orang

Tujuan:

Bengkel pertandingan robotik ini diadakan bertujuan untuk membantu calon yang mengambil dalam pertandingan robotik menguasai teknik menjawab soalan yang betul. Ia melibatkan perkongsian idea dengan bekas calon yang sudah berpengalaman menjawab jenis peperiksaan yang sama. Pada kelas ini turut di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan asas penggunaan komputer. Seterusnya bengkel disambung dengan perbincangan berkaitan soalan-soalan peperiksaan online yang lepas. Akhir sekali para calon mula menyertai pertandingan robotik seperti yang diminta oleh penganjur.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 15 Jun 2022

Masa: 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi: PIK Dabong

Bilangan Peserta: 2 Orang

Tujuan:

Kelas kali ini diadakan bertujuan membantu pelajar lepasan sekolan menggunakan Ms Office Word dalam menghasilkan resume dalam usaha mereka mencari pekerjaan. Tujuan lain adalah untuk menjadikan Pusat Ekonomi Digital sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu tanpa mengira lapisan latar belakang. Pada kelas kali ini peserta diajar cara menggunakan fungsi-fungsi yang ada dalam Ms Office Word. Seterusnya program ini juga mengajar peserta untuk menggunakan format yang ada dalam Ms Office Word dalam membantu memudahkan urusan mereka.

Aktiviti:

Latihan Asas Ms Office Word.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 18 Mei 2022

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 1 Orang

Tujuan:

Kelas kali ini diadakan bertujuan menunjuk ajar cara menggunakan media sosial facebook kepada golongan warga emas. Mereka diberi pendedahan bahawa aplikasi facebook boleh dijadikan satu medium perhubungan dengan rakan-rakan baru dan lama. Tujuan lain adalah untuk menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu tanpa mengira lapisan latar belakang. Pada kelas kali ini peserta diajar teknik-teknik untuk menggunakan aplikasi Facebook di komputer.

Aktiviti:

Teknik penggunaan Facebook.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 11 Jun 2022

Masa: 9.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 2 Orang

Tujuan:

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu calon yang menduduki peperiksaan online SPA9 menguasai teknik menjawab soalan yang betul. Ia melibatkan perkongsian idea dengan bekas calon yang sudah berpengalaman menjawab jenis peperiksaan yang sama. Pada kelas ini turut di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan asas penggunaan komputer. Seterusnya bengkel disambung dengan perbincangan berkaitan soalan-soalan peperiksaan online yang lepas. Akhir sekali para calon mula menjawab soalan peperiksaan tersebut sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak SPA9.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 22 April 2022

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 3 Orang

Tujuan:

Kelas kali ini diadakan bertujuan memperkenalkan media sosial Youtube kepada pelajar sekolah menengah. Mereka diberi pendedahan bahawa whatsapp web boleh dijadikan satu medium pencarian maklumat dalam menyiapkan tugasan kerja kursus mereka dan juga sebagai sumber rujukan setiap matapelajaran. Tujuan lain adalah untuk menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu tanpa mengira lapisan latar belakang. Pada kelas kali ini peserta diajar teknik-teknik pencarian maklumat melalui Youtube.

Aktiviti:

Teknik penggunaan Youtube.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini