Tarikh: 15 Disember 2023

Masa: 10.30 pagi - 12.30 pagi

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 5 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah rendah dalam usaha menguasai teknik pembelajaran atas talian melalui konsep e-pembelajaran. Pada kelas kali ini, e-learning turut disertai dengan quiz yang mana mampu menarik minat para peserta untuk menyertainya. Fokus utama untuk kelas kali ini ada untuk mengulangkaji pengetahuan umum. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan e-pembelajaran. Akhir sekali peserta mula menyertai quiz yang terdapat didalam laman web Quizizz.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 11 Disember 2023

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 5 Orang

Tujuan:

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu usahawan yang menggunakan platform digital contohnya Shopee, Facebook Marketplace & Tiktok dalam mengembangkan perniagaan mereka. Aktiviti utama pada kelas ini adalah peserta diajar cara untuk mendaftar sebagai Shopee & Tiktok seller langkah demi langkah sehingga berjaya. Pada kelas ini turut di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan asas penggunaan komputer. Seterusnya bengkel disambung proses pendaftran akaun perniagaan bagi platform yang dimahukan oleh peserta.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini.
 

Tarikh: 8 November 2022

Masa: 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 1 Orang

Tujuan:

Kelas kali ini diadakan bertujuan membantu belia untuk menyediakan surat rasmi bagi memohon peruntukan. Tujuan lain adalah untuk menjadikan PEDi sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu tanpa mengira lapisan latar belakang. Pada kelas kali ini peserta diajar cara menaip dan mencari maklumat di internet berkaitan format surat rasmi. Seterusnya program ini juga mengajar peserta untuk menggunakan format yang ada dalam Ms Office Word dalam membantu memudahkan urusan mereka.

Aktiviti:

Latihan Asas Ms Office Word.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 13 November 2023

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 1 Orang

Tujuan:

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu usahawan yang menggunakan akaun bank sebagai medium jual beli untuk membuat pendaftaran akaun Online Banking bagi memudahkan urusan mereka menguruskan kewangan mereka terutama di zaman digital yang mana kebanyakan transaksi dijalankan secara atas talian. Selain itu, peserta juga diberi pendedahan berkaitan platform jualan atas talian iaitu Shopee. Pada kelas ini turut di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan asas penggunaan komputer. Seterusnya bengkel disambung proses pendaftran Online Banking dan disambung dengan pengenalan asas Shopee.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini.
 

Tarikh: 14 Oktober 2023

Masa: 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi: PEDi Dabong

Bilangan Peserta: 8 Orang

Tujuan:

Kelas kali ini diadakan bertujuan membantu pelajar sekolah menengah yang belum mahir menaip dan juga untuk menguji tahap kepantasan peserta dalam menaip menggunakan keyboard komputer. Tujuan lain adalah untuk menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu tanpa mengira lapisan latar belakang. 

Aktiviti:

Latihan Asas Menaip Pantas.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini