arikh:  5 OGOS 2024

Masa: 5.00 PETANG-6.00 PETANG

Lokasi: NADI Dabong

Bilangan Peserta:  1 Orang

Tujuan:

Pengguna membuat pedaftaran perbankan atas talian untuk permulaan seterusnya agar memudahkan melakukan transaksi.

Aktiviti:

  • Pengguna melayari lawan sesawang perbankan internet Bank Simpanan Nasional (BSN) https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do.Pengguna harus mendaftar terlebih dahulu dan perlu mengisi beberapa maklumat penting. Setelah selesai mendaftar,pengguna boleh memasukkan nama pengguna dan kata laluan di sistem BSN tersebut seterusnya boleh memilih untuk melakukan jenis transaksi yang diinginkan. Dengan ini,pengguna dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu beratur di kaunter bank. Pengguna juga boleh melakukan transaksi di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang diinginkan.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh:  1 OGOS 2024

Masa: 10.00 PAGI-11.00 PAGI

Lokasi: NADI Dabong

Bilangan Peserta:  1 Orang

Tujuan:

Untuk memuat naik dokumen permohonan bantuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi anak kelahiran Negeri Kelantan.

Aktiviti:

  • Pelajar yang mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) memuat naik dokumen yang diperlukan melalui laman web https://eagihan.e-maik.my/Muatnaik. Terdapat beberapa dokumen yang perlu digabungkan, jadi pemohon menggunakan web https://combinepdf.com/ bagi tujuan tersebut. 
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh:  10 JULAI 2024

Masa: 10.30 PAGI-1 PETANG

Lokasi: NADI Dabong

Bilangan Peserta:  5 Orang

Tujuan:

Kelas TIKTOK BUSINES EDITING CAPCUT pada kali ini diadakan untuk para usahawan yang berniaga secara atas talian (online) atau usahawan yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia pernigaan secara atas talian (online) mahirkan diri menggunakan aplikasi tiktok.

Aktiviti:

  • Kelas pada kali ini menfokuskan pada aplikasi media sosial tiktok. Seramai 5 orang usahawan didedahkan pengetahuan mengenai cara untuk membuka tiktok seller center. Selain itu para usahawan diberi penerangan langkah-langkah mengedit suara,teks dan bahasa menggunakan capcut. Para usahawan juga diberi pendedahan cara-cara untuk menggunakan AI dalam perniagaan mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan. 
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Tarikh:  9 JULAI 2024

Masa: 10 PAGI-1 PETANG

Lokasi: NADI Dabong

Bilangan Peserta:  15 Orang

Tujuan:

Kelas pengenalan bahagian komputer & asas menaip disertai seramai 15 orang peserta dari Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Peserta terdiri dari kanak-kanak dan belia orang kurang upaya(OKU) PPDK Dabong.

Aktiviti:

  • Aktiviti terbahagi kepada 2 slot iaitu slot pengenalan bahagian komputer dan asas menaip.Pada permulaan slot,para peserta didedahkan berkaitan bahagian-bahagian asas komputer seperti papan kekunci,monitor,unit sistem yang mengandungi CPU,tetikus dan pemacu CD.Selepas itu,para peserta turut memperoleh penerangan berkaitan fungsi bahagian -bahagian komputer.
  • Pada slot berikutnya para peserta diajar asas menaip.Mereka diberi peluang membiasakan diri menggunakan papan kekunci untuk menaip perkataan-perkataan mudah seperti nama penuh dan umur.Selain itu mereka juga dipertontonkan video berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB),Buli Siber dan Semak Sebelum Sebar.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 6 Jun 2024

Masa: 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Dabong

Bilangan Peserta: 1 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pengguna belia menghasilkan surat rasmi.Peserta juga turut didedahkan kepada teknik pencarian maklumat di internet menggunakan google chrome iaitu mencari maklumat berkenaan format surat rasmi.Peserta menggunakan sumber carian google sebagai bahan rujukan dalam menyiapkan surat rasmi berkenaan.Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna IT mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan penggunaan Microsoft Office Word. Akhir sekali peserta dapat menghasilkan surat rasmi seperti yang diinginkan.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini