Tarikh: 5 Jun 2024 Masa: 2.30 petang - 4.30 petang Lokasi: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Dabong Bilangan Peserta: 2 Orang |
Tujuan:
2 orang pelajar lepasan sekolah hadir ke NADI Dabong untuk membuat permohonan UPU secara dalam talian melalui laman sesawang https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login. Permohonan bagi lepasan sekolah telah dibuka bagi lepasan SPM dan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2024/2025 sehingga 10 Jun 2024.Beberapa maklumat harus diisi dengan lengkap selain memuat naik beberapa perkara yang diperlukan.Mereka juga harus membuat beberapa pilihan kursus berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan keputusan peperiksaan.
Aktiviti:
- Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
Tarikh: 18 Mei 2024 Masa: 10-11 Pagi Lokasi: NADI Dabong Bilangan Peserta: 7 Orang |
Tujuan:
Aktiviti menaip pantas diadakan bertujuan membiasakan para pelajar dengan aktiviti menaip seterusnya menjadi mahir.
Aktiviti:
- Aktiviti menaip pantas disertai 7 orang dari pelajar sekolah rendah.Aktiviti ini bertujuan untuk membiasakan para pelajar dengan aktiviti menaip seterusnya menjadi mahir.Selain itu,para pelajar juga dapat belajar mengeja perkataan dengan betul memandangkan aktiviti menaip pantas ini dibuat dalam pilihan bahasa melayu.Tahap kepantasan menaip para pelajar juga semakin meningkat apabila mereka mengikuti banyak sesi menaip.
- Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
Tarikh: 9 Mei 2024 Masa: 10 Pagi-11 Pagi Lokasi: NADI Dabong Bilangan Peserta: 1 Orang |
Tujuan:
Pendaftaran murid darjah 1 bagi sesi 2025
Aktiviti:
- idMe adalah Sistem Pengurusan IDentiti.Bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang dilahirkan antara 2 Januari 2018 sehingga 1 Januari 2019 boleh memohon untuk mendaftar bagi kemasukkan darjah 1 bagi sesi 2025. Ibu atau bapa boleh membuat permohonan pendaftaran dalam talian untuk anak-anak bermula 2 Mei 2024 sehingga 30 Jun 2024 di portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login. Bagi yang belum mendaftar sebagai pengguna diwajibkan mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu bagi membolehkan untuk mengakses ke portal berkenaan.Setelah berjaya mendaftar sebagai pengguna,ibu atau bapa boleh terus membuat permohonan untuk anak-anak mereka.Manual pengguna turut disediakan di dalam portal bagi rujukan ibu atau bapa yang pertama kali memohon.Gambar Klik Disini
Tarikh: 16 Mei 2024 Masa: 3-5 Petang Lokasi: NADI Dabong Bilangan Peserta: 9 Orang |
Tujuan:
Mencipta dan mereka poster sempena hari guru menggunakan canva
Aktiviti:
- Para pelajar yang terdiri daripada 9 orang pelajar sekolah rendah diberi peluang dan pendedahan mencipta dan mereka poster sempena hari guru menggunakan applikasi Canva.Pada permulaan,para pelajar memilih templat yang menarik perhatian seterusnya mengedit dan mengolah poster tersebut sesuai keinginan mereka.Para pelajar turut memasukkan imej-imej menarik bagi menjadikan poster mereka lain dari yang lain.Mereka turut diberi tunjuk ajar cara-cara menyimpan poster mereka agar dapat dicetak.
- Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
Tarikh: 20 APRIL 2024 Masa: 10 PAGI-12 TENGAHARI Lokasi: NADI Dabong Bilangan Peserta: 6 Orang |
Tujuan:
Kelas Pengenalan BING AI diadakan untuk mendedahkan kepada para pelajar berkaitan aplikasi terkini.
Aktiviti:
- Kelas ini dihadiri 6 orang pelajar sekolah rendah.Pada permulaan para pelajar diberi penerangan berkaitan aplikasi Bing Ai dan juga cara untuk mengakses dan menggunakan aplikasi itu.Kemudian mereka diberi peluang untuk mencipta poster raya diri sendiri sempena Raya Aidilfitri.Para pelajar dapat mencipta dan memilih imej yang sesuai dengan diri untuk dimasukkan dalam poster mereka.
- Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini