Tarikh: 10-14 Septembar 2020

Masa: 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 9 Orang

Tujuan:

Program diadakan bertujuan membantu para pelajar tingkatan lima dan guru subjek kewangan memanfaatkan Pusat Internet sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu berkaitan pembelajaran disekolah. Dalam kelas kali ini pelajar didedahkan dengan beberapa medium pencarian maklumat berkaitan subjek yang dipelajari. Salah satunya dengan menggunakan google sebagai asas penggunaan untuk pembelajaran atas talian. Seterusnya program ini juga mengajar peserta untuk menggunakan format yang ada dalam Ms Office Word dan Excel dalam menyiap kerja kursus mereka.

Aktiviti:

Latihan Ms Office Word dan Excel.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 25 Oktober 2020

Masa: 9.00 am - 12.00 pm

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 3 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan sebuah program berbentuk bengkel penggunaan aplikasi Zoom dan aplikasi-aplikasi lain.Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai penggunaan aplikasi untuk tujuan pembelajaran secara atas talian. Hal ini adalah kerana terdapat segelintir pelajar yang kurang pengetahuan mengenai kepelbagaian aplikasi yang wujud. Selain itu, para pelajar juga diperkenalkan dengan Program Klik Dengan Bijak yang mana  memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet dengan betul.

Aktiviti:

  • Program bermula dengan sedikit taklimat Klik Dengan Bijak seterusnya disambung dengan bengkel penggunaan aplikasi Zoom Meeting.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 29 Ogos 2020

Masa: 9.00 am - 1.00 pm

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 10 Orang

Tujuan:

Bengkel kali ini melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik penghasilan poster yang menarik. Ini adalah kerana mahu menggalakkan semua pelajar tersebut untuk menyertai Pertandingan Poster Pusat Internet yang dianjur oleh Pusat Internet seluruh Malaysia. Poster yang perlu mereka hasilkan mestilah bertemakan Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital. Selain itu,peserta yang terlibat dengan bengkel ini juga diajar untuk mencipta akaun gmail masing-masing. Ini kerana peserta tersebut perlu menghantar hasil kreativiti mereka dengan menggunakan akaun gmail masing-masing.

Aktiviti:

  • Mencipta akaun gmail dan menghasilkan poster menggunakan aplikasi POSTERMYWALL.COM 
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 5-15 Oktober 2020

Masa: 9.00 am - 12.00 pm

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 180 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan sebuah program berbentuk bengkel teknik menjawab soalan secara atas talian yang melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Pengisian bengkel ini melibatkan Dua subjek utama iaitu Sains & Matematik. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai penggunaan komputer dan internet serta kepentingannya untuk menjawab soalan selepas selesai sahaja bengkel diadakan. Hal ini adalah kerana terdapat segelintir pelajar yang langsung tidak tahu menggunakan komputer. Selain itu, para pelajar juga diperkenalkan dengan Program Klik Dengan Bijak yang mana  memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet dengan betul.

 

Aktiviti:

  • Program bermula dengan sedikit taklimat Klik Dengan Bijak seterusnya disambung dengan bengkel teknik menjawab soalan dan akhir sekali memulakan Ujian Pentaksiran Kompetensi Literasi.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 04 Julai 2020

Masa: 9.00 am - 3.00 pm

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 52 Orang

Tujuan:

Program dianjurkan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk sekitar dabong tentang betapa pentingnya setiap titisan darah yang didermakan kepada tabung darah negara. Selain itu ia juga untuk menggalakan penduduk sekitar dabong untuk menjadi penderma darah dan juga memberi kesedaran kepada penduduk terutamanya golongan dewasa tentang penggunaan ubat-ubatan dengan cara yang betul.

Aktiviti:

  • Derma darah dan taklimat kesihatan daripada Pegawai Farmasi HSIp.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini