Tarikh: 17 September 2019

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 30 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan kolaborasi bersama PI Dabong & PID Kuala Balah yang mana diadakan untuk melatih para usahawan baru dan juga bakal usahawan dalam kalangan Pelatih Giat Mara Kuala Krai. Seramai 30 orang Pelatih Giat Mara menyertai program sesi kali ini. Tujuan utama program ini adalah untuk melatih usahawan baru dan bakal usahawan untuk menimbal ilmu berkenaan keusahawanan dan mengembangkan perusahaan mereka dengan mengaplikasikan teknologi IT yang semakin maju hari ini.

Aktiviti:

Para peserta diajar untuk menghasilkan email peribadi, blog, facebook page dan juga instagram yang mana digunakan khas untuk tujuan perniagaan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 8 September 2019

Masa: 2.00 petang -6.00 Petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 9 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih para pelajar Pra Universiti SMK Dabong untuk menghasilkan poster manggunakan Microsft Office Publisher. Pembelajaran berfokus kepada penghasilan poster perniagaan bertujuan untuk mendidik dan menarik minat para remaja untuk membuka perniagaan secara atas talian. Selain itu juga, kelas ini di mulakan dengan tayangan video KDB yang mana mahu medidik mereka mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian.

Aktiviti:

  • Tayangan Video KDB
  • Pencarian Maklumat Menggunakan Enjin Carian Google
  • Penghasilan Poster Perniagaan Menggunakan Microsoft Office Powerpoint
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 06 Ogos 2019

Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 330 Orang

TUJUAN:

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Dabong diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan Pusat Internet dengan komuniti setempat disamping bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan penduduk setempat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi. Selain itu,ia juga bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan, program dan aktiviti yang disediakan di Pusat Internet Dabong.

AKTIVITI:

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 330 Orang pengunjung telah terlibat dalam program kali ini. Seterusnya diikuti dengan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Taklimat dan Pameran Perkhidmatan Agensi Jemputan  

2. Taklimat Dashboard Komuniti dan Advokasi

3. Pemeriksaan Kesihatan oleh Kospen PI (Semua Golongan)

4. Pertandingan Artikel Paling Menarik (Pelajar Sekolah Menengah)

5. Mewarna ICT (Kanak-kanak)

5.Pertandingan Menaip Pantas (Pelajar Sekolah Rendah)

6. Pertandingan Beyblade KDB (Kanak-kanak)

Pada hari tersebut juga dibuka peluang untuk pendaftaran ahli secara percuma kepada semua pengunjung. Program diakhiri dengan majlis pembahagian hadiah aktiviti dan perasmian oleh Penaung Persatuan Permata Dabong, IR Dr Mohd Yazid bin Abdullah.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 16 Ogos 2019

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 10 Orang

Tujuan:

Program diadakan bertujuan menggalakkan para pelajar sekolah dan guru subjek sejarah memanfaatkan Pusat Internet sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu berkaitan pembelajaran disekolah. Dalam kelas kali ini pelajar didedahkan dengan beberapa medium pencarian maklumat berkaitan subjek yang dipelajari. Salah satunya dengan menggunakan google sebagai asas penggunaan untuk pembelajaran atas talian. Seterusnya program ini juga mengajar peserta untuk memilih maklumat yang tepat dan di pindahkan ke Ms Office Word sebelum dijadikan bahan untuk menyiapkan kerja kursus.

Aktiviti:

  • Mencari maklumat melalui google & memindahkan maklumat dari enjin carian ke Ms Office Word.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 20 Julai 2019

Masa: 2.00 petang - 6.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong

Bilangan Peserta: 9 Orang

Tujuan:

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk melatih para pelajar pra-Universiti SMK Dabong untuk menguasai teknik penghasilan slide persembahan menggunakan MS Office Powerpoint. Pada bengkel kali ini, para pelajar dibantu oleh petugas pusat internet dan guru subjek mereka sendiri untuk menyiapkan slide untuk perbentangan. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan teknik penghasilan slide PPT dan akhir sekali para pelajar diarahkan untuk menghasilkan slide masing-masing.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini