Tarikh: 19 Januari 2019

Masa: 2.00 petang - 5.00 petang

Lokasi: Pusat Internet Dabong

Bilangan Peserta: 5 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pengguna baru untuk usaha mengenali asas microsoft office word. Sebagai tambahan peserta juga turut didedahkan kepada teknik pencarian maklumat di internet menggunakan google chrome. Peserta menggunakan sumber carian google tersebut sebagai bahan dalam menyiapkan latihan di dalam kelas kali ini.Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna IT mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan penggunaan Microsoft Office Word. Akhir sekali peserta mula menyiapkan tugasan yang diberikan dan menghasilkan microsoft office word masing-masing seperti yang diarahkan.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 27 Disember 2018

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: Pusat Internet Dabong

Bilangan Peserta: 8 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk memberi latihan pengukuhan kepada pengguna yang sudah menjalani latihan asas MS Office dalam usaha untuk memastikan mereka menguasai microsoft office word, powerpoint & Excel dengan berkesan. Selain daripada asas menaip, peserta juga didedahkan dengan penggunaan bahagian media yang turut wujud di dalam microsoft office powerpoint. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna IT mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan penggunaan Microsoft Office Power Point. Akhir sekali peserta mula menyiapkan tugasan yang diberikan dan menghasilkan slide PPT masing-masing seperti yang diarahkan.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 07 November 2018

Masa: 10.00 pagi - 12.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 22 Orang

Tujuan:

Program diadakan bertujuan menggalakkan para pelajar sekolah memanfaatkan youtube sebagai asas penggunaan untuk pembelajaran atas talian. Para peserta menggunakan youtube untuk menghayati dan mengambil pengajaran daripada kejadian gempa bumi di Palu, Sulawesi.

Aktiviti:

  • Menghayati video-video kejadian gempa bumi di Palu, Sulawesi.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 15 Disember 2018

Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 122 Orang

 

TUJUAN:

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet diadakan dengan tujuan untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat. Program ni diadakan dengan kerjasama KOSPEN Kampung Dabong dan Kemas. Program ini juga diadakan untuk mengeratkan hubungan PI dengan komuniti setempat. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan persekitaran kesihatan dan persekitaran bersih. 

AKTIVITI:

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 122 Orang pengunjung telah terlibat dalam program kali ini. Seterusnya diikuti dengan senamrobik dan pemeriksaan kesihatan yang melibatkan timbang berat, ukur tinggi, ukur lilit pinggan dan tekanan darah. Turut diadakan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Berus Gigi Beramai-ramai (Kanak-kanak)

2. Mewarna Bertenakan Gaya Hidup Sihat (Kanak-kanak)

3. Sukan Permainan Tradisional; Baling Susunan Tin & Rebut Kerusi (Semua Golongan)

4. Pertandingan Poster Kesihatan Menarik (Belia)

5. Tayangan Video Ceramah Kesihatan (Dewasa)

6. Penyediaan Menu Sihat (Wanita)

Pada hari tersebut juga dibuka peluang untuk pendaftaran ahli dengan pakej hadiah menarik diberikan kepada peserta yang mendaftar sebagai ahli. Program diakhiri dengan majlis pembahagian hadiah aktiviti dan perasmian oleh Imam 1 Masjid Dabong iaitu En. Mohd Rosdi bin Othman.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 21,25,26,28,29 & 30 Oktober 2018

Masa: 8.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi: Pusat Internet Dabong

Bilangan Peserta: 10 Orang

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk mendedahkan ilmu berkaitan keushawanan kepada golongan belia dan dewasa. Seramai 10 orang peserta sekitar dabong yang menyertai program sesi kali ini. Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta dalam usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga dengan mendedahkan platform-platform yang wujud dalam program eRezeki yang mana mampu membantu perserta dalam mencari duit poket tambahan. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini. Malah program juga turut disertakan dengan taklimat Dashboard Komuniti.

Aktiviti:

Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB. Para peserta diajar untuk menghasilkan email peribadi, blog, facebook page dan juga instagram yang mana digunakan khas untuk tujuan program erezeki dan juga perniagaan. Seterusnya peserta diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini