Tarikh: 11 Mei 2018

Masa: 09.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi: PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 7 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan salah satu aktiviti untuk mendedahkan kepada pengguna berkenaan paltform myshop yang diwujudkan melalui program Dashboard Komuniti. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan pengguna PI1M Dabong menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti.

 

Aktiviti:

Para peserta diberi taklimat ringkas berkenaan program Dashboard Komuniti umumnya dan platform myshop khususnya. Seterusnya, peserta menyertai quiz myshop yang mana diadakan di seluruh Malaysia. Gambar sekitar program sila klik Disini

 

 

Tarikh: 25 April 2018

Masa: 2.00 petang - 5.00 petang

Lokasi: Mini RTC Kesedar Jelawang

Bilangan Peserta: 12 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan program berbentuk e-Pembelajaran yang diadakan bertujuan untuk melatih golongan wanita dalam bidang keusahawanan & masakan. Fokus utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan asas penyediaan pemanis mulut Nona Manis. Selain itu juga, kelas ini betujuan untuk memberi idea kepada golongan suri rumah untuk menjadikan pemanis mulut Nona Manis sebagai salah satu sumber pendapatan. Disamping itu, program ini turut diselitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian.

Aktiviti:

  • Program kali ini bermula dengan taklimat berkenaan asas penghasilan Nona Manis yang mana tenaga pengajar menggunakan youtube sebagai satu rujukan untuk mendalami teknik-teknik penghasilannya. Seterusnya, ia disambung dengan taklimat keusahawan dan peluang perniagaan yang mampu diwujudkan melalu pernigaan Nona Manis. Akhir sekali, peserta didedahkan dengan pengetahuan tentang KDB.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 21 April 2018

Masa: 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 8 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah rendah dalam usaha menguasai teknik pembelajaran atas talian melalui konsep e-pembelajaran. Selain daripada asas menaip peserta juga didedahkan dengan proses mewarna cara moden iaitu mewarna secara atas talian. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan e-pembelajaran. Akhir sekali peserta mula menyiapkan tugasan yang diberikan dan mewarna tugasan yang diberikan secara atas talian.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 20 Mac 2018

Masa: 8.30 pagi - 1.30 petang

Lokasi: PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 170 Orang

Tujuan:

Program ini diadakan bagi mendekatkan lagi hubungan antara PI1M dan Komuniti. Fokus utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan Usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan memanfaatkan perkembangan bidang ICT. Selain itu, peserta program juga didedakan mengenai Aplikasi Dashboard Komuniti. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan lagi program tersebut. Antaranya adalah :

Aktiviti:

Seramai 170 orang peserta program ini yang terdiri daripada Komuniti sekitar Dabong, Pelatih & Jurulatih Giat Mara Kuala Krai. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya:

Bengkel Asas Usahawan ICT

Asas Fotografi

Klik Dengan Bijak

Pendaftaran Ahli Baru Pi1M

Taklimat Dashboard Komuniti

Muat Turun Apps Dashboard Komuniti (Smartphone)

Pemeriksaan Tekanan Darah ( MyHealth)

Taklimat Asas Pengiklanan Produk Atas Talian (MyShop)

Kuiz Berdasarkan Portal (IT Hunt)

Tabung Haji (Pembukaan Akaun, Kemaskini & Simpanan)

Sukan & Permainan (Dam Ular Gergasi)

Mewarna Kanak-kanak

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini