Tarikh: 15 Mac 2018

Masa: 10.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi: PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 20 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan kolaborasi bersama PI Dabong & AIM Cawangan Dabong yang mana diadakan untuk melatih para usahawan baru dalam kalangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Dabong. Seramai 20 orang sahabat AIM yang menyertai program sesi kali ini. Tujuan utama program ini adalah untuk melatih usahawan baru untuk mengembangkan perusahaan mereka dengan mengaplikasikan teknologi IT yang semakin maju hari ini.

Aktiviti:

Para peserta diajar untuk menghasilkan email peribadi, blog, facebook page dan juga instagram yang mana digunakan khas untuk tujuan perniagaan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 9 Mac 2018

Masa: 10.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong

Bilangan Peserta: 10 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan program berbentuk e-Perniagaan yang diadakan bertujuan untuk melatih golongan belia & dewasa dalam bidang keusahawanan & kecantikan. Fokus utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta berkaitan dengan asas keusahawanan berkaitan dengan kecantikan.Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Program kali ini bermula dengan taklimat berkenaan keusahawan berasaskan kecantikan seterusnya disambung dengan taklimat peluang perniagaan yang ada dalam bidang kecantikan Mary Kay. Akhir sekali, peserta diajar mengenai teknik asas make up menggunakan produk Mary Kay
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 20 Februari 2018

Masa: 3.00 petang -6.00 Petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 12 Orang

Tujuan:

Program ini di sertai oleh 12 orang peserta dalam kalangan pelajar Pra Universiti dari SMK Dabong. Peserta yang terlibat diberikan pendedahan berkaitan teknik penulisan ilmiah yang betul dalam penggunaan Microsoft Office Word. Teknik ini sangat penting bagi pelajar pra universiti yang mana perlu menghasilkan kerja kursus sebagai salah satu modul pembelajaran. Jadi dengan itu kami di PI1M Dabong mengambil inisiatif untuk mendidik mereka dalam memberi taklimat berkenaan teknik penulisan ilmiah. Disamping itu, peserta juga diberi pendedahan berkaitan Klik Dengan Bijak.

Aktiviti:

  • Latihan ini dimulakan dengan taklimat yang diberikan oleh petugas PI1M Dabong tentang teknik-teknik penghasilan tulisan ilmiah yang mengikut format yang betu. Seterusnya peserta diberi tugasan menghasilkan permulaan laporan kerja kursus sebagai gambaran buat mereka mengaplikasikan pembelajaran tentang teknik penulisan ilmiah ini.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 6 Mac 2018

Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 11 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah rendah dalam usaha menguasai microsoft office power point. Selain daripada asas menaip, peserta juga didedahkan dengan penggunaan bahagian media yang turut wujud di dalam microsoft office power point. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan penggunaan Microsoft Office Power Point. Akhir sekali peserta mula menyiapkan tugasan yang diberikan dan menghasilkan slide PPT masing-masing.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 20 & 21 Februari 2018

Masa: 8.00 pagi -5.00 Petang

Lokasi: Dewan Selera Gunung Stong

Bilangan Peserta: 32 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan program kerjasama antara PI1M Dabong dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Stong. Ia diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada perserta yang terdiri daripada belia dan bakal usahawan tani berkenaan tentang teknik-teknik penghasilan kertas kerja yang baik. Hal ini penting buat kaum belia dan bakal usahawan yang mana mahu memohon bantuan modal permulaan dan juga modal bagi memastikan kelangsungan perjalanan projek. Ini kerana bagi mendapat perhatian pihak berwajib, kertas kerja baik memainkan peranan yang sangat penting. Seminar teknik penghasilan kertas kerja ini di berikan oleh wakil PPK Kuala Krai.  Selain itu, peserta juga didedahkan mengenai program klik dengan bijak yang diwujudkan oleh MCMC. Antara pendedahan yang dibuat ialah mengenai keselamatan siber, manfaat penggunaan gajet dan juga mengenai tatacara penggunaan internet yang betul. 

Aktiviti:

  • Program kali ini dimulakan dengan taklimat berkaitan persiapan awal perniagaan dan taklimat tentang geran buat usahawan tani oleh FAMA. Seterusnya program disambung dengan taklimat berkaitan Program Agropereneur Muda yang mana salah satu program dari badan kerajaan yang menyediakan geran buat bakal usahawan tani memulakan projek pertanian. Keesokkan harinya, program bersambung dengan taklimat penghasilan kertas kerja.
  •  
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini