Tarikh: 19 Februari 2018

Masa: 3.00 petang -6.00 Petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 6 Orang

Tujuan:

Program ini di sertai oleh 6 orang peserta dalam kalangan pelajar tingkatan 3 dari SMK Dabong. Peserta yang terlibat diminta untuk mencipta akaun gmail peribadi yang mana bakal digunakan sebagai medium perhubungan rasmi antara mereka dan guru mereka. Ekoran dari perkembangan IT, pelajar hari ni diminta untuk menghantar kerja rumah mereka menggunakan akaun gmail. Jadi dengan itu kami di PI1M Dabong mengambil inisiatif untuk mendidik mereka mewujudkan akaun gmail masing. Disamping itu, peserta juga diberi pendedahan berkaitan E-Waste.

Aktiviti:

  • Latihan ini dimulakan dengan taklimat yang diberikan oleh petugas PI1M Dabong tentang teknik-teknik mencipta akaun gmail. Seterusnya peserta mula mencipta akaun gmail peribadi masing-masing.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

 

Tarikh: 10 Februari 2018

Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 8 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah rendah dalam usaha menguasai microsoft office power point. Selain daripada asas menaip, peserta juga didedahkan dengan penggunaan bahagian media yang turut wujud di dalam microsoft office power point. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan penggunaan Microsoft Office Power Point. Akhir sekali peserta mula menyiapkan tugasan yang diberikan dan menghasilkan slide PPT masing-masing yang bertemakan sambutan tahun baru cina.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 18 Januari 2018

Masa: 11.00 pagi -2.00 Petang

Lokasi: SMK Manik Urai

Bilangan Peserta: 100 Orang

 

Tujuan:

Program ini diadakan sebagai salah satu aktiviti kerjasama kluster untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai program klik dengan bijak yang diwujudkan oleh MCMC. Antara pendedahan yang dibuat ialah mengenai keselamatan siber, manfaat penggunaan gajet dan juga mengenai tatacara penggunaan internet yang betul. Sebelum itu, program dimulai dengan pengenalan kepada PI1M.

Aktiviti:

  • Tayangan Video KDB
  • Taklimat KDB
  • Quiz
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 20 Januari 2018

Masa: 9.30 petang -12.30 Pagi

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 9 Orang

 

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah menengah dalam usaha membiasakan mereka dengan Microsft Office Word. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Pencarian Maklumat Menggunakan Enjin Carian Google
  • Latihan menaip kreatif menggunakan microsoft office word
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

 

Tarikh: 10 Januari 2018

Masa: 2.00 petang -5.00 Petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Dabong

Bilangan Peserta: 6 Orang

 

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pengguna-pengguna menghasilkan Kad Ucapan dengan menggunakan Microsft Office Publisher. Selain itu juga, kelas ini di mulakan dengan tayangan video KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian.

Aktiviti:

  • Tayangan Video KDB
  • Pencarian Maklumat Menggunakan Enjin Carian Google
  • Penghasilan Kad Ucapan Hari Lahir Menggunakan Microsoft Office Powerpoint
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini