Tarikh: 16 Mac 2019

Masa: 2.30 petang - 5.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 20 Orang

Tujuan:

Program ini diadakan untuk melatih ahli Persatuan Permata Dabong menjadi usahawan baru bagi meningkatkan lagi bilangan usahawan di sekitar Dabong. Seramai 20 ahli Persatuan Permata Dabong yang menyertai program sesi kali ini. Ini merupakan sesi pertama bagi mereka. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi ilmu-ilmu berkaitan cara moden untuk menjadi usahawan baru dan juga untuk melatih usahawan sedia ada untuk mengembangkan perusahaan mereka dengan mengaplikasikan teknologi IT yang semakin maju hari ini.

Aktiviti:

Para peserta diajar untuk menghasilkan email peribadi, blog, facebook page dan juga instagram yang mana digunakan khas untuk tujuan perniagaan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 2 Mac 2019

Masa: 2.00 petang - 6.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong

Bilangan Peserta: 10 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah rendah dalam usaha menguasai teknik pembelajaran atas talian melalui konsep e-pembelajaran. Pada kelas kali ini, e-learning turut disertai dengan quiz yang mana mampu menarik minat para peserta untuk menyertainya. Fokus utama untuk kelas kali ini ada untuk mengulangkaji subjek Matematik, Sains dan Bahas Inggeris. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan e-pembelajaran. Akhir sekali peserta mula menyertai quiz yang terdapat didalam laman web Quizizz.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 22 Februari 2019

Masa: 2.30 petang - 6.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong

Bilangan Peserta: 20 Orang

Tujuan:

Program diadakan dengan kerjasama LHDN Gua Musang bertujuan untuk memberi taklimat berkaitan proses permohonan atau kemas kini Bantuan Sara Hidup yang mana tarikhnya adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019. Selain itu, program ini diselitkan dengan slot KDB, yang bertujuan mendedahkan pengetahuan KDB dan kesedaran berkaitan keselamatan siber kepada golongan dewasa. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini. Selain itu, menjadi tujuan utama program ini adalah untuk memperkenakan fungsi dan kepentingan PI kepada komuniti.

Aktiviti:

  • Pada permulaan program, peserta diberi taklimat berkenaan pengenalan tentang kewujudan PI yang mana memberi faedah dan kepentingan kepada para pelajar seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan KDB & keselamatan siber. 
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 27 Februari 2019

Masa: 8.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 45 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan kolaborasi bersama PI Dabong & AIM Cawangan Dabong yang mana diadakan untuk melatih para usahawan baru dalam kalangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Dabong. Seramai 45 orang sahabat AIM yang menyertai program sesi kali ini. Tujuan utama program ini adalah untuk melatih usahawan baru untuk mengembangkan perusahaan mereka dengan mengaplikasikan teknologi IT yang semakin maju hari ini.

Aktiviti:

Para peserta diajar untuk menghasilkan email peribadi, blog, facebook page dan juga instagram yang mana digunakan khas untuk tujuan perniagaan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 16 Februari 2019

Masa: 1.00 petang - 5.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 25 Orang

Tujuan:

Program diadakan bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan KDB dan kesedaran berkaitan keselamatan siber kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang baru meneroka dunia IT. Program ini secara keseluruhannya adalah berkaitan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini. Selain itu, menjadi tujuan utama program ini adalah untuk memperkenakan fungsi dan kepentingan PI kepada mereka yang baru sahaja mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Dabong.

Aktiviti:

  • Pada permulaan program, peserta diberi taklimat berkenaan pengenalan tentang kewujudan PI yang mana memberi faedah dan kepentingan kepada para pelajar seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan KDB & keselamatan siber. Akhir sekali, terdapat beberapa aktiviti lain yang turut disertai oleh pelajar termasuklah kuiz bertulis dan spontan.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini