Tarikh: 5 Julai 2019

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong

Bilangan Peserta: 8 Orang

Tujuan:

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan online SPA8i menguasai teknik menjawab soalan yang betul. Ia melibatkan perkongsian idea dengan bekas calon yang sudah berpengalaman menjawab jenis peperiksaan yang sama. Pada kelas ini turut di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan bengkel, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan asas penggunaan komputer. Seterusnya bengkel disambung dengan perbincangan berkaitan soalan-soalan peperiksaan online yang lepas. Akhir sekali para calon mula menjawab soalan peperiksaan tersebut sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak SPA.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 27 Jun 2019

Masa: 1.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong

Bilangan Peserta: 16 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk membantu para peserta cilik yang terdiri daripada pelajar Pasti Dabong agar lebih mengenali cara menggunakan komputer. Pada kelas kali ini, e-learning turut disertai dengan permainan pendidikan online yang mana mampu menarik minat para peserta untuk menguasai komputer. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan asas penggunaan komputer. Akhir sekali peserta mula menyertai permainan pendidikan online yang menggunakan laman web http://www.uptoten.com/tablets/en/games/
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 13 Jun 2018

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 10 Orang

Tujuan:

Program diadakan bertujuan menggalakkan para pelajar sekolah dan guru subjek sejarah memanfaatkan Pusat Internet sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu berkaitan pembelajaran disekolah. Dalam kelas kali ini pelajar didedahkan dengan beberapa medium pencarian maklumat berkaitan subjek yang dipelajari. Salah satunya dengan menggunakan youtube sebagai asas penggunaan untuk pembelajaran atas talian. Para peserta menggunakan youtube untuk menonton video penerangan berkaitan tamadun yunani & tamadun rom

Aktiviti:

  • Mencari maklumat melalui google & menghayati video-video berkaitan tamadun yunani & tamadun rom.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 22 Jun 2019

Masa: 2.00 petang - 5.00 petang

Lokasi: Pusat Internet Dabong

Bilangan Peserta: 9 Orang

Tujuan:

Kelas latihan diadakan bertujuan untuk melatih pelajar sekolah menengah untuk usaha mengenali asas microsoft office word termasuk teknik untuk mindahkan maklumat dari laman web ke Microsoft Word. Sebagai tambahan peserta juga turut didedahkan kepada teknik pencarian maklumat di internet menggunakan google chrome & Youtube. Peserta menggunakan sumber carian google tersebut sebagai bahan dalam menyiapkan latihan di dalam kelas kali ini.Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna IT mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Pada permulaan kelas latihan, peserta diberi taklimat berkenaan KDB seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan penggunaan Microsoft Office Word. Akhir sekali peserta mula menyiapkan tugasan yang diberikan dan menghasilkan microsoft office word masing-masing seperti yang diarahkan.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 12 Jun 2018

Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 13 Orang

Tujuan:

Program diadakan bertujuan menggalakkan para pelajar sekolah memanfaatkan Pusat Internet sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu berkaitan pembelajaran disekolah. Dalam kelas kali ini pelajar didedahkan dengan beberapa medium pencarian maklumat berkaitan subjek yang dipelajari. Salah satunya dengan menggunakan youtube sebagai asas penggunaan untuk pembelajaran atas talian. Para peserta menggunakan youtube untuk menonton video penerangan berkaitan tamadun yunani & tamadun rom

Aktiviti:

  • Mencari maklumat melalui google & menghayati video-video berkaitan tamadun yunani & tamadun rom.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini