Tarikh: 4 MAC 2020

Masa: 9.00 AM - 1.00 PM

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 15 Orang

Tujuan:

Program diadakan bertujuan menggalakkan para pelajar sekolah memanfaatkan Pusat Internet sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu berkaitan pembelajaran disekolah. Dalam kelas kali ini pelajar didedahkan dengan beberapa medium pencarian maklumat berkaitan subjek yang dipelajari. Salah satunya dengan menggunakan google sebagai asas penggunaan untuk pembelajaran atas talian. Seterusnya program ini juga mengajar peserta untuk memilih maklumat yang tepat untuk dimuatturun ke dalam folder dan di pindahkan ke Ms Office Word sebelum dijadikan bahan untuk menyiapkan kerja kursus.

Aktiviti:

  • Mencari maklumat melalui google, memuatturun gambar kerja kursus subjek Seni Visual & memindahkan maklumat dari enjin carian ke Ms Office Word.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 13 Februari 2020

Masa: 10.00 am - 12.00 pm

Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong

Bilangan Peserta: 20 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan program pengenalan kepada anak-anak pelajar Pasti Alhuda Dabong berkenaan fungsi perkakasan komputer dan juga program berbentuk e-pembelajaran dimana peserta didedahkan kepada youtube dan laman web ABCya sebagai platform pendidikan dalam bentuk hiburan. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna cilik mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Program kali ini bermula dengan tayangan taklimat berkenaan KDB & e-waste seterusnya disambung dengan taklimat pengenalan dan pendedahan kepada  .
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 4 Januari 2020

Masa: 9.30 pagi - 12.30 petang

Lokasi: Pusat Internet Dabong

Bilangan Peserta: 8 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan program berbentuk pembelajaran menggunakan microsoft office dimana peserta menggunakan MS Publisher untuk menghasilkan kad ucapan yang menarik. Peserta juga menjadikan youtube sebagai sumber ilmu berkaitan asas penggunaan Publisher. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Program kali ini bermula dengan penerangan berkenaan asas penggunaan Publisher seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan KDB & e-waste.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Tarikh: 17 Januari 2020

Masa: 3.00 petang - 6.00 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI Dabong

Bilangan Peserta: 10 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan program berbentuk e-pembelajaran dimana peserta menggunakan youtube sebagai sumber ilmu berkaitan teknik menghasilkan origami. Selain itu juga, kelas ini di selitkan dengan taklimat berkenaan dengan KDB yang mana mahu medidik pengguna mengenai cara selamat menggunakan gajet dan internet dalam kehidupan seharian. Malah peserta juga didedahkan tentang program e waste yang mana mahu memberi kesedaran kepada peserta berkenaan pengurusan sisa gajet dengan betul seterusnya mengajak mereka menyertai program ini.

Aktiviti:

  • Program kali ini bermula dengan tayangan taklimat berkenaan teknik menghasilkan origami burung seterusnya disambung dengan taklimat berkenaan KDB & e-waste.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 19 September 2019

Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 146 Orang

TUJUAN:

Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Dabong diadakan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan antara pusat internet dengan komuniti, agensi, mpkkk, dan ngo dalam usaha  untuk mewujudkan  komuniti yang sihat serta mesra ict dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Selain itu,ia juga bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan, program dan aktiviti yang disediakan di Pusat Internet Dabong.

AKTIVITI:

Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung. Seramai 146 Orang pengunjung telah terlibat dalam program kali ini. Seterusnya diikuti dengan pelbagai aktiviti untuk semua golongan pengunjung. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Kempen Derma Darah  

2. Taklimat Dashboard Komuniti dan Advokasi Diikuti dengan Kuiz

3. Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kesihatan Dabong (Semua Golongan)

4. Taklimat Penjagaan Gigi & Gosok Gigi Beramai-ramai (Kanak-kanak)

5. Pertandingan Gubahan Kain Batik (Belia & Dewasa)

6. Mewarna Kesihatan (Kanak-kanak)

7.Pertandingan Tower Up Warrior (Pelajar Sekolah Rendah & Menengah)

8. Pertandingan Kupas Kulit Epal Paling Panjang (Belia & Dewasa)

Pada hari tersebut juga dibuat promosi untuk pendaftaran ahli kepada semua pengunjung diaman setiap pendaftaran akan mendapat T-shirt percuma. Program diakhiri dengan majlis pembahagian hadiah aktiviti dan perasmian oleh Dr Nik Nur Ayuni binti Nik Kamarudin, Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Dabong.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini