Tarikh: 1 Ogos 2021

Masa: 9.30 petang - 5.30 petang

Lokasi: PI Dabong

Bilangan Peserta: 3 Orang

Tujuan:

Program ini diadakan untuk melatih komuniti Dabong menjadi usahawan baru bagi meningkatkan lagi bilangan usahawan di sekitar Dabong. Seramai 3 orang peserta yang menyertai program sesi kali ini. Ini merupakan sesi pertandingan Usahawan Pusat Internet Komuniti yang kedua dianjurkan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi ilmu-ilmu berkaitan cara asas untuk memasarkan produk kedalam platform shopee kepada para peserta. Selain itu, program ini juga untuk melatih usahawan untuk mengembangkan perusahaan mereka dengan mengaplikasikan teknologi IT yang semakin maju hari ini.

Aktiviti:

Para peserta diajar untuk menghasilkan posting menarik berkaitan produk ke dalam shopee bagi menarik minat pembeli.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 2 April 2021

Masa: 9.00 am - 12.00 pm

Lokasi: PIk Dabong

Bilangan Peserta: 3 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan sebuah aktiviti berbentuk mengaplikasikan Youtube sebagai sumber rujukan untuk menambah pendapatan.Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik membuat food review dengan merujuk video-video yang ada di Youtube sebagai contoh. Disamping itu, peserta juga didedahkan dengan ilmu teknik penghasilan video pendek. Selain itu, para pelajar juga diperkenalkan dengan Program Klik Dengan Bijak yang mana  memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet dengan betul.

Aktiviti:

  • Program bermula dengan sedikit taklimat Klik Dengan Bijak seterusnya disambung dengan bengkel penghasilan video dan teknik mambuat food review.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Tarikh: 18 Februari 2021

Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang

Lokasi: PIk Dabong

Bilangan Peserta: 1 Orang

Tujuan:

Program diadakan bertujuan membantu golongan warga emas untuk menaip sendiri dokumen-dokumen mereka terutamanya dokumen peribadi dan menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu tanpa mengira usia. Pada kelas kali ini peserta didedahkan dengan beberapa medium pencarian maklumat berkaitan format-format surat rasmi terkini. Salah satunya dengan menggunakan google sebagai asas penggunaan untuk pembelajaran atas talian. Seterusnya program ini juga mengajar peserta untuk menggunakan format yang ada dalam Ms Office Word dan Excel dalam membantu memudahkan urusan mereka.

Aktiviti:

Latihan Ms Office Word dan Excel.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini
 

Tarikh: 11 Mac 2021

Masa: 9.00 am - 12.00 pm

Lokasi: PIk Dabong

Bilangan Peserta: 2 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan sebuah program berbentuk bengkel penggunaan aplikasi Zoom dan aplikasi-aplikasi lain.Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai penggunaan aplikasi untuk tujuan pembelajaran secara atas talian. Hal ini adalah kerana terdapat segelintir pelajar yang kurang pengetahuan mengenai kepelbagaian aplikasi yang wujud. Selain itu, para pelajar juga diperkenalkan dengan Program Klik Dengan Bijak yang mana  memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet dengan betul.

Aktiviti:

  • Program bermula dengan sedikit taklimat Klik Dengan Bijak seterusnya disambung dengan bengkel penggunaan aplikasi Zoom Meeting.
  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh: 17 Januari 2021

Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi: PIk Dabong

Bilangan Peserta: 2 Orang

Tujuan:

Program diadakan bertujuan membantu para belia menjadikan Pusat Internet sebagai pusat rujukan untuk mencari ilmu berkaitan pembelajaran disekolah. Pada kelas kali ini peserta didedahkan dengan beberapa medium pencarian maklumat berkaitan subjek yang dipelajari. Salah satunya dengan menggunakan google sebagai asas penggunaan untuk pembelajaran atas talian. Seterusnya program ini juga mengajar peserta untuk menggunakan format yang ada dalam Ms Office Word dan Excel dalam menyiap kerja mereka.

Aktiviti:

Latihan Ms Office Word dan Excel.

  • Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini